Laman

Rabu, 06 Oktober 2010

Oh......Remaja ! ! !

Perkataan “Remaja” berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan, merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, yaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Dari sudut perkembangan si remaja mengalami pelbagai perubahan yang  drastis dalam fisik, sosial,  bahasa maupun emosi. Sehingga si remaja dengan emosi yang tidak stabil sering menimbulkan “masalah".

Ciri-ciri Remaja
§  Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa.
Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
§  Suka berangan-angan.
Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
§  Senang Terpengaruh oleh Emosi.
Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap.

Tidak ada komentar: